SEJARAH PERPUSTAKAAN KEMENTAH

Penubuhan perkhidmatan perpustakaan bermula pada tahun 1960 apabila Brig. Jen Abdul Hamid bin Bidin, Panglima 1 Bgd Infantri. Peringkat awal perpustakaan ditadbir oleh `JAWAT 5′ Bahagian Anggota.  Pada tahun 1962, peruntukan RM20,000.00 diberikan untuk ubahsuai bangunan blok  21.  Pembelian pertama dimulakan dengan wang sumbangan sebanyak RM50,000.00 untuk membina koleksi perpustakaan.  Tahun 1968 bangunan perpustakaan berpindah ke blok 25 berkongsi dengan Jabatan Arah Pelajaran. Pada tahun 1969, perpustakaan menerima  sumbangan sebanyak RM50,000.00 dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar melalui usaha Allahyarham.  Tun Abdul Razak bin Hussein yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada ketika itu. 

Tanggal 15 Jan 1979 merupakan detik penting apabila Perpustakaan Pusat Angkatan Tentera berpindah dari lokasi dibangunan blok 25 ke bangunan sendiri dan ia dengan rasminya dikenali sebagai Perpustakaan KEMENTAH. Pengautomasian  sistem perpustakaan bermula seawal tahun 1990 melalui sistem automasi yang dinamakan SISPUKOM. Dari situ sistem pengautomasian sentiasa ditambah baik sehingga sistem pengautomasian melalui fasa-fasa perubahan yang lebih canggih dan akhirnya Perpustakaan KEMENTAH menggunakan sistem ILMU (Intergrated Library Management Utility). Melalui sistem ini, pengguna boleh mengakses melalui perkhidmatan internet di alamat http://library.mod.gov.my.  Perjawatan perpustakaan diisi oleh staf tentera dan staf awam dari skim gunasama dengan Perpustakaan Negara Malaysia.  Ketua Perpustakaan KEMENTAH yang pertama ialah Mej Salleh Ranting dari tahun 1977 hingga 1981.

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll to Top