PERATURAN AM PERPUSTAKAAN KEMENTAH Keahlian perpustakaan tidak boleh ditukarmilik. Kad keahlian adalah diberi secara percuma. Sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan, keahlian akan digantung selama seminggu. Beg dan bungkusan hendaklah disimpan di tempat khas yang telah disediakan dan tidak dibenarkan dibawa masuk melainkan dengan kebenaran pihak perpustakaan. Pengguna diwajibkan berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam perpustakaan. Pengguna tidak dibenarkan memakai selipar semasa berada di dalam perpustakaan. Pengguna mesti berkelakuan baik, sopan dan dilarang merokok, makan dan minum semasa berada di dalam perpustakaan. Dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman dalam perpustakaan.Pengguna yang berbuat demikian boleh diarahkan untuk meninggalkan perpustakaan. Pengguna tidak dibenarkan mengguna telefon bimbit di dalam perpustakaan. Telefon bimbit hendaklah ditetapkan dalam tetapan senyap. Jika ingin menggunakan telefon, pengguna dinasihatkan ke ruang legar perpustakaan. Dilarang membawa dan memindahkan bahan perpustakaan dari satu seksyen ke seksyen yang lain. Dilarang membuang sampah di dalam atau di luar bangunan perpustakaan. Buang sampah kedalam tong yang telah disediakan. Pengguna yang membuat salinan bahan perpustakaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang bersabit dan bertentangan dengan AKTA HAKCIPTA. Tidak dibenarkan menyalahgunakan kemudahan internet untuk melayari laman web lucah, games, perkauman, hasutan dan lain-lain perkara yang difikirkan tidak sesuai kepada pengguna. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab atas keselamatan barang pengguna yang dibawa masuk atas kebenaran. Pihak perpustakaan mempunyai kuasa mengarahkan pengguna yang mengganggu ketenteraman untuk meninggalkan dari perpustakaan. Para ibubapa yang berhasrat meninggalkan anak-anak mereka di dalam perpustakaan terutamanya pada waktu cuti persekolahan perlu memastikan agar peraturan perpustakaan di atas dipatuhi. Pihak perpustakaan berhak untuk menarik balik keahlian bagi mereka yang tidak mematuhi peraturan. Semua buku yang telah dirujuk hendaklah diletakkkan di dalam troli yang disediakan. Sebelum meninggalkan perpustakaan, pengguna dikehendaki menunjukkan buku-buku dan sebagainya sebelum dibawa keluar kepada petugas kaunter. Pihak perpustakaan berhak meminda peraturan perpustakaan dari masa ke masa.