PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
Bahan untuk pinjaman yang tidak terdapat di perpustakaan KEMENTAH, boleh diperolehi dari perpustakaan lain yang merupakan sebahagian daripada Sistem Pembekalan Perpustakaan ( Sistem Pembekalan Perpustakaan,SPP ), di bawah Perpustakaan Negara Malaysia. Pengguna dikehendaki mengenalpasti bahan dan perpustakaan yang berkenaan , pengguna boleh meminta bantuan daripada petugas kaunter untuk meminjam bahan dengan mengisi borang yang berkaitan. Proses yang terlibat adalah seperti berikut:
- Tajuk buku dan perpustakaan yang terlibat dikenalpasti.
- Pengguna membuat permohonan pinjaman bahan di kaunter.
- Pustakawan membuat pemohonan melalui Sistem Pembekalan Penerbitan.
- Pustakawan menghubungi pengguna mengenai status bahan.
- Permohonan diteruskan jika bahan sedia untuk di pinjam.